Saturday, 21 January 2012

Homemade Beef Teriyaki Burger with Carrot Dip



Bahan-bahannya : 

300g daging lembu cincang 
1 biji bawang besar,dipotong halus
1 biji telur
1/4 cawan breadcrumbs 
2 tangkai daun bawang,digunting halus
3 sudu besar teriyaki sauce
Garam dan serbuk lada hitam 
Salad dan tomato untuk hidangan bersama
3 ciabatta bread, dipotong 2 
Sedikit cream cheese

Carrot dip -
1 tub kecil lite sour cream
1/2 batang lobak-diparut 
Garam dan serbuk lada hitam 

Cara-caranya: 

Gaulkan semua bahan bersama daging cincang dan bentukkan agar menjadi daging burger. Adunan dapat menghasilkan 5-6 keping burger. 
Simpan di dlm peti sejuk hingga tiba masa untuk memasak. 
Sementara itu, campurkan kesemua bahan untuk carrot dip, kacau rata dan simpan di dlm peti sejuk.
Panaskan grill dengan minyak zaitun, masak daging burger lebih kurang 4-5minit satu bahagian dan balikkan hingga masak. 
Kemudian grill sebentar roti ciabatta hingga sedikit garing. 
Untuk menghidang, ambil roti dan sapukan dengan cream cheese. 
Letakkan salad dan tomato,diikuti dengan daging burger. 
Kemudian di bhgn atas sekali, letakkan carrot dip dan diakhiri dengan bhgn atas roti. 
Enak dihidangkan panas-panas.

Sagu Santan dan Gula Melaka Mudah





Bahan-bahannya:

1/2 cawan sagu - basuh dan rendam selama 2jam atau lebih
1 cawan air
4sudu besar gula melaka- saya gunakan guna melaka tersedia di dlm botol (ada dijual di pasaraya)
1/4 cawan santan

Cara-caranya:
Masak sagu di dalam periuk, masukkan sedikit sahaja air dahulu.
Kacau sagu perlahan-lahan dan apabila air sudah diserap,campurkan lagi lebihan air dan kacau asagu hingga masak ( bermakna sagu sudah kelihatan jernih).
Tuangkan sagu ke dlm mangkuk/gelas dan sejukkan ke dlm peti sejuk.
Apabila tiba waktu menghidang,panaskan santan ke dlm microwave selama 30-45saat atau masak di atas api sederhana.
Tuangkan santan ke atas sagu dan diikuti dengan gula melaka.
Enak dihidangkan sejuk. 

Apple and Coffee Cake (Pahang)




Bahan-bahannya:

1 biji epal hijau/epal merah,dibuang kulit dan dipotong kiub
1 sudu besar kismis
2 sudu besar gula merah
1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar walnut,dipotong kecil
1 sudu besar lemak sayuran
1 sudu teh serbuk kopi/nescafe,dicairkan dengan sedikit air panas
1 telur,dipukul
1 sudu besar susu segar
2 scoop aiskrim vanilla,untuk hidangan

Cara-caranya:

Panaskan oven 180C dan griskan 4 ramekin kecil
Campurkan epal,kismis,gula merah,walnut dan tepung ke dlm mangkuk dan kacau rata.
Panaskan lemak sayuran ke dlm microwave hingga agak cair dan campurkan bersama campuran kopi/nescafe tadi,
Kacau dan masukkan telur dan susu.
Kacau lagi hingga rata.
Campurkan adunan kopi tadi dengan adunan tepung.
Kacau hingga rata.
Sudukan ke dlm ramekin dan bakar selama 20-25minit.
Apabila sudah masak,sejukkan sebentar dan hidangkan bersama aiskrim vanilla. 

AYAM PERCIK

Bahan-Bahan:1 ekor ayam (potong 8)
6 sentimeter halia
3 batang serai
3 labu bawang besar
2 helai daun kunyit
Ambil santan dari 1 biji kelapa
Sedikit garam dan gula
12 biji buah keras
6 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
6 helai daun limau purut
Cara Penyediaan:
1.  Ayam yang sudah dipotong 8, dibersihkan. Kemudian masukkan dalam periuk bersama santan dan bahan yang telah digiling lumat.
2. Daun kunyit dikoyak-koyakkan, diramas dan seterusnya dimasukkan ke dalam periuk ayam.
3. Masak dengan api yang sederhana sambil dikacau kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Setelah mendidih, angkat dan sendukkan kuah yang jernih disebelah atas dan ketepikan.
5. Keluarkan ayam dari kuah yang pekat di sebelah bawah dan panggang ayam  sambil di sapu air yang jernih pada ayam.
6. Biarkan hingga ayam masak dan hidangkan bersama kuah yang pekat.

Resepi Ayam Masak Tomato

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
30 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
2 bawang besar – hiris bulat-bulat
2 biji buah tomato
1 cawan tomato sos
1 sudu makan gula
5 cm halia
1 bunga lawang
2 cm kayu manis
½ cawan mnyak masak
2 cawan santan pekat dari sebiji kelapa
2 cawan kacang peas
3 cengkih
2 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Cara Penyediaan:
1. Bersihkan ayam dan potong kecil. Toskan dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak untuk goreng ayam. Goreng ayam hingga garing.
3. Tumbuk/kisar cili kering hingga halus. Tumbuk kasar bawang merah dan halia.
4. Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar/tumbuk bersama cengkih dan bunga lawang.
5. Masukkan santan dan masak hingga mereneh.
6. Masukkan tomato sos, gula, garam dan kayu manis. Kacau selalu.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata dan biarkan mereneh selama 5 minit.
8. Masukkan bawang besar, tomato dan kacang peas
9. Balik-balikkan ayam hingga sebati dengan kuah merah. Tutup api.
10. Hidangkan dengan nasi.

Agar-agar Strawberry





Bahan-bahannya:

10g agar -agar kering, direndam
2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
Sedikit perisa strawberry
Sedikit pewarna rose
Buah strawberry dan sos coklat untuk hiasan

Cara-caranya:

Jerang agar-agar dengan air, gula hingga hancur.
Tapiskan adunan agar-agar.
Masukkan perisa strawberry dan pewarna rose.Kacau rata.
Tuang ke dlm acuan agar-agar, saya gunakan acuan mini muffin juga.
Simpan ke dlm peti sejuk.
Apabila sudah keras, hidangkan bersama buah strawberry dan sos coklat.

Resepi Pisang Goreng Cheese

Bahan-Bahan Untuk Pisang Goreng1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 biji telur
1 sudu butter
Secubit garam
Perwarna kuning atau serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya untuk mengoreng
Bahan-Bahan Untuk ToppingKeju Cheddar (diparut)
1 sudu kecil susu pekat manis
1 sudu kecil butter
Cara Penyediaan1.Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. Masukkan 1 sudu butter di dalam bancuhan tepung serta sedikit garam.
2.Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan(deep fry).
3.Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.