Saturday, 21 January 2012

Sagu Santan dan Gula Melaka Mudah





Bahan-bahannya:

1/2 cawan sagu - basuh dan rendam selama 2jam atau lebih
1 cawan air
4sudu besar gula melaka- saya gunakan guna melaka tersedia di dlm botol (ada dijual di pasaraya)
1/4 cawan santan

Cara-caranya:
Masak sagu di dalam periuk, masukkan sedikit sahaja air dahulu.
Kacau sagu perlahan-lahan dan apabila air sudah diserap,campurkan lagi lebihan air dan kacau asagu hingga masak ( bermakna sagu sudah kelihatan jernih).
Tuangkan sagu ke dlm mangkuk/gelas dan sejukkan ke dlm peti sejuk.
Apabila tiba waktu menghidang,panaskan santan ke dlm microwave selama 30-45saat atau masak di atas api sederhana.
Tuangkan santan ke atas sagu dan diikuti dengan gula melaka.
Enak dihidangkan sejuk. 

No comments:

Post a Comment