Saturday, 12 November 2011

roti jala

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )450g tepung gandum
1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur (di pukul sedikit )
450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
2 camb mentega cair
minyak untuk melenser
acuan roti jala

Cara-cara :Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

Friday, 11 November 2011

KUIH SERI MUKA

Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak
Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)
Cara-caraUntuk lapisan bawah:-A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Untuk lapisan atas:-1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!

kuih kaswi

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )BAHAN A :-)
350 g gula melaka (mat guna 300 g)
240 g gula pasir
450 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-)
190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
2 camca besar air abu (alkaline water)
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat
BAHAN C :-)
1 cawan kelapa parut putih
Secubit garam
Cara-cara:
Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.

biskut nestum gajus

Biskut Nestum Gajus

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nestum origanal, diramas kasar*
1/2 cawan gajus, kisar tapi jangan terlalu halus*
1/2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*A)
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 cawan gula aising
2 kuning telur
4 camca besar mentega (saya guna jenama "Anchor")

BAHAN HIASAN :-)
Kuning telur
Coklat masakan, dicairkan dan campur dengan sedikit lemak sayur
Gula manik warna-warni

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, gaul semua bahan bertanda (*A) hingga rata. Ketepikan. Dalam mixing bowl, putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan terus memutar hingga sebati. Perlahanlan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan esen vanilla, gaul rata hingga bersatu. (jangan putar lama2)
  2. Bagi doh kepada 2 bahagian. Ambil 1 bahagian, canai antara 2 keping plastik bersih setebal 0.5 cm. Terap dengan acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu dengan kuning telur, buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan.
  3. Hias dengan coklat cair dan tabur dengan gula manik warna-warni. Biar coklat mengeras baru disimpan dalam bekas kedap udara...

nasi mentega kismis

Nasi Mentega Kismis
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan.
5 cawan air
1 cawan susu sejat "IDEAL"
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
2 camca besar mentega
Garam secukup rasa
1/3 cawan kismis

BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, hiris nipis
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  2. Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  3. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemeran. Selamat mencuba..
Nasi Mentega Kismis

acar nenas

Acar Nenas


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas madu kecil
2 biji bawang besar, belah 4 setiap biji
4 ulas bawang putih, belah 2 setiap ulas
1 inci halia muda, hiris halus
1/2 camca besar udang kering, cuci, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk halus
1 biji lada merah, belah 2
1 biji lada hijau, belah 2
1/3 cawan cuka makan (mat guna jenama JALEN)
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntuk bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nenas dikupas, belah 4, buang empulur dan hiris sederhana tebal untuk setiap belahan. Gaul dengan serbuk kunyit rata2 dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan gula (anggaran 1 camca besar) dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  3. Tuang cuka makan, kacau dan masukkan nenas dan cili belah. Kacau dan biar masak hingga kuah pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Angkat dan hidangkan.

kek sarang lebah

rsz_dsc_6256


rsz_dsc_6287
bahan bahanya :

BAHAN "A" :-)
250 gram gula pasir
225 ml air
75 gram mentega

BAHAN "B" :-)
4 biji telur gred A
125 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bikarbonate*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
75 gram susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan gula pasir ke dalam periuk, masak dengan api sederhana hingga gula mencair, kacau hingga gula menjadi karamel, tapi jangan hitam sangat nanti pahit. Berhati2 masukkan air sedikit demi sedikit hingga habis, kacau hingga rata. Masukkan mentega, kacau hingga mentega cair. Sejukkan.
  2. Putar telur hingga kembang dan gebu, masukkan susu pekat manis, putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan diakhiri dengan gula karamel tadi. Putar sebati dan rehatkan 30 minit (mat rehatkan 1 jam).
  3. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berlubang tengah berukuran kurang lebih 8 atau 9 inci dengan mentega, tabur tepung dan buang lebihan tepung tadi. Tapis adunan kek (kacau rata sebelum dituang) ke dalam tin dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sebentar dalam tin dan boleh dikeluarkan.

ayam goreng taucu

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping dada ayam, cuci, lap kering dan didadu*
1 camca teh kicap cair*
1 camca teh tepung jagung*
1/4 camca teh gula*(*digaul rata dan perap 1 jam)
1/4 cawan gajus, goreng hingga perang, angkat dan toskan
1 camca besar taucho
1/2 biji saiz sederhana red capsicum, didadu
1/2 biji saiz sederhana green capsicum, didadu
1/2 biji saiz sederhana yellow capsicum, didadu
1/2 batang zukini, didadu kecil (mat ganti dengan 4 tangkai kacang panjang, dikerat2)
1 tangkai daun bawang, dihiris
1 pokok kecik daun ketumbar, dihiris
2 biji cili merah*
5 biji cili padi (resipi asal tak letak)*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*ditumbuk lumat)
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan taucho dan ayam, gaul rata dan tuang sedikit air. Biar hingga ayam empuk.
  2. Tambah ketiga2 jenis capsicum dan kacang panjang tadi. Gaul rata dan masak 2-3 minit lagi. Campurkan gajus, kacau rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur hirisan daun ketumbar dan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat.

P1240984

Salad Udang dan Avocado

Bahan-bahannnya:

6-7 ekor udang - direbus seketika,dibuang kepala dan kulit,tinggalkan bhgn ekornya
1 biji avocado- dipotong dadu
1/2 biji bawang besar -dipotong bulat
Sedikit salad,tomato dan timun
Sedikit French dressing

Cara-caranya:
Campurkan kesemua sayuran dan udang.
Curahkan dressing dan gaul perlahan agar bercampur. 

Mushroom Soup

Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan cendawan butang.dihiris nipis
2 cawan stok ayam
2 ulas bawang putih.diketuk
Sedikit minyak zaitun
Serbuk lada hitam
Roti bakar untuk dihidangkan

Cara-caranya:
Panaskan kuali,letakkan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cendawan,kacau dan tutup.Biarkan hingga cendawan lembut.
Masukkan stok ayam,serbuk lada hitam.Tambah garam jika perlu.
Apabila mendidih,kacau sedikit dan tutup api.Biarkan seketika.
Apabila sudah agak suam,masukkan ke dalam blender,kisar hingga hancur.
Masukkan kembali ke dalam periuk,biarkan mereneh di atas api kecil.
Bakar roti di dlm toaster.
Hidangkan bersama sup.

Red Bean Bun

Bahan-bahan:
250g tepung tinggi protein
50g tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu teh yis
2 sudu besar gula
2 sudu besar butter
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh bread improver (optional)
1 tin sweetened red bean - inti
Bijan untuk hiasan

Cara-caranya:
Bancuh yis dan bread improver dengan beberapa sudu air suam.Biarkan selama 15minit atau berbuih.
Campurkan semua bahan lain dalam mangkuk, kemudian masukkan bancuhan yis tadi.
Uli sehingga lembut.
Biarkan naik sehingga 2x ganda.
Tumbuk doh, uli lagi 2-3minit.
Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Biarkan 15minit lagi.
Letakkan inti dalam setiap bahagian bun dan atur atas dulang pembakar.
Biarkan naik sekali ganda lagi.
Taburkan bijan dan sapukan butter di atas bun.
Bakar dalam oven 180C selama 20minit.
Sebaik sahaja masak, sapukan butter di atas bun agar kelihatan berkilat. 

Sambal Sotong Kering dan Petai

Bahan-bahannya:

4 keping sotong kering - direndam dan dipotong kecil
2 ulas bwg merah,2 ulas bwg putih, 1/2 inci halia,5 ulas cili kering-dikisar
4 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
Sedikit air asam jawa
1/2 papan petai
1 biji bwg besar dipotong bulat
Garam dan gula sebagai perasa

Cara-caranya:
Tumis bhn kisar hingga naik bau.
Masukkan sotong kering dan kacau rata.
Masukkan sos,petai dan air asam jawa.
Kacau lagi dan masukkan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan bwg besar.

Telur Bungkus

Bahan-bahan ( 2 Orang )

* Daging cincang - anggaran segenggam tgn dewasa
* Mix veggie - ikut suka nak byk mana
* 1 biji bawang besar - dipotong dadu.Ayu guna 1/2 je sbb bawangnya besar
* 1 biji bawang putih - dicincang kasar
* 2 sudu besar sos cili
* 2 sudu besar sos tomato - boleh krgkan sape yg tak suka masam
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 sudu besar kicap - ayu guna kicap manis
* 2 biji telur - dipukul sedikit
* Garam & gula - secukup rasa
* Lada sulah - secukup rasa
* Minyak utk menumis

Cara-cara

1. Perap daging cincang bersama-sama dgn garam,gula & lada sulah dlm 10-15minit.Kemudian goreng daging t'sebut.
2. Setelah air daging hampir2 kering,masukkan bawang besar & bawang putih.Kacau biar serata.klu nak tumis bawang besar & bawang putih dulu seblm masukkan daging pun boleh gak.t'pulang pd masing2 la.
3. Bila bawang besar mulai layu,masukkan kesemua sos & kicap.Kacau sampai sebati.
4. Kemudian masukkan mix veggie.Ayu tak guna mix veggie.Ayu gantikan dgn kacang panjang,lobak merah & tomato yg dipotong dadu.Kacau biar serata & agak2 sayurnya dah mula layu,boleh le padam apinya.
5. Dalam kuali lain,panaskan sedikit minyak & tuangkan telur yg dipukul.Seratakan telur ditepi kuali supaya boleh meliputi daging tadi.
6. Letak daging cincang yg tlh dimasak ditengah2 kuali.Lipat telur t'sebut & letak piring.T'langkupkan kuali & telur bungkus sedia dihidang.SIAP!!!

Udang Goreng Bermadu

Bahan-bahannya:

1 cawan udang - dibersihkan,dibuang kepala dan ditinggalkan ekornya
1 ulas bwg merah*
1 ulas bwg putih*
1/4 inci halia*
3 sudu sweet chilli sauce
1 sudu madu
Sedikit sos ikan
Sedikit serbuk lada hitam
Sayuran kegemaran anda
1 bawang besar dipotong bulat

Cara-caranya:
Kisar bahan bertanda*.
Panaskan sedikit minyak dan goreng udang sebentar sahaja.
Tumis bhn kisar hingga naik bau.
Masukkan sweet chilli sauce,udang.(Boleh campurkan mussels jika suka).
Kacau rata dan masukkan madu.
Masukkan sayuran,sos ikan dan serbuk lada hitam.
Akhir sekali masukkan bawang besar. 

Opor Daging Kambing

bahan bahanya
1/2 kilo daging -saya gunakan lamb curry pieces - direbus dgn air selama 1 jam ( simpan sedikit air untuk memasak nasi)
3 ulas bwg merah*
2 ulas bwg putih*
1 bunga lawang*
1 kulit kayu manis*
3 sudu rempah opor - saya gunakan Putri Ayu
2 ulas bwg putih#
2 ulas bwg merah#
1/2 inci halia#
1/2 inci lengkuas#
7 tangkai cili kering#
1/2 cawan santan kelapa
2 sudu kerisik
1 ulas bwg besar - dipotong 4
2 biji kentang kecil - dipotong 4
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula

Cara-caranya:
Tumis bhn * hingga wangi.
Campurkan bhn # dan tumis bersama bhn* tadi hingga naik bau.
Masukkan daging, sedikit air rebusan, air asam jawa,kentang dan bwg besar, biarkan mendidih.
Masukkan santan,garam dan gula.Masak hingga kuah agak pekat.
Masukkan kerisik dan sedia utk dihidangkan.
Taburkan bwg goreng utk hiasan.

Chicken with Spicy Tomato Sauce

Bahan-bahannya:

1 bwg besar
15g butter
15mi minyak masak
1 ulas bwg putih,diketuk
5ml serbuk jintan
5ml serbuk ketumbar
sedikit serbuk cili
8 ketul peha ayam
400g tomato di dlm tin
15ml puri tomato
garam dan serbuk lada hitam
sedikit daun parsley untuk hiasan

Cara-caranya:
Bawang besar dipotong dadu kecil. Panaskan butter dan minyak masak di dlm kuali besar, masukkan bwg besar dan kacau hingga bawang agak layu.Masukkan serbuk jintan,ketumbar dan serbuk cili dan kacau selama 1minit.
Tolakkan campuran bawang ke bhgn tepi kuali, dan kemudian masukkan ayam dan masak hingga berwarna keperangan.
Masukkan tomato di dlm tin,tomato puri dan garam dan serbuk lada hitam.
Masak hingga mendidih. Tutup kuali dan biarkan mereneh selama lebih kurang 30minit atau hingga ayam benar-benar masak.
Masukkan parsley dan hidangkan segera.

Apple and Coffee Cake

Bahan-bahannya:

1 biji epal hijau/epal merah,dibuang kulit dan dipotong kiub
1 sudu besar kismis
2 sudu besar gula merah
1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar walnut,dipotong kecil
1 sudu besar lemak sayuran
1 sudu teh serbuk kopi/nescafe,dicairkan dengan sedikit air panas
1 telur,dipukul
1 sudu besar susu segar
2 scoop aiskrim vanilla,untuk hidangan

Cara-caranya:

Panaskan oven 180C dan griskan 4 ramekin kecil
Campurkan epal,kismis,gula merah,walnut dan tepung ke dlm mangkuk dan kacau rata.
Panaskan lemak sayuran ke dlm microwave hingga agak cair dan campurkan bersama campuran kopi/nescafe tadi,
Kacau dan masukkan telur dan susu.
Kacau lagi hingga rata.
Campurkan adunan kopi tadi dengan adunan tepung.
Kacau hingga rata.
Sudukan ke dlm ramekin dan bakar selama 20-25minit.
Apabila sudah masak,sejukkan sebentar dan hidangkan bersama aiskrim vanilla. 

Popia Ayam

Bahan-bahannya:

2 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
1/4 inci halia
1/4 cawan isi ayam dipotong kiub
2 biji telur,dipukul
1/4 cawan kubis,diparut
1/4 cawan lobak merah,diparut
Sedikit kiub ayam,dihancurkan
Garam dan serbuk lada hitam
Kulit popia, secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Sweet chilli sos untuk menghidang

Cara-caranya:
Tumis bawang merah,bwg putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan ayam dan kacau rata hingga ayam berwarna keemasan.
Kemudian masukkan telur dan biarkan sebentar.
Kacau rata dan masukkan sedikit air dan kiub ayam.
Masukkan sayuran dan perasakan garam dan serbuk lada hitam.
Apabila sudah masak, angkat dan sejukkan.
Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
Ambil kulit popia, isikan inti ayam tadi dan gulungkan.
Gamkan hujung kulit popia dengan sedikit air untuk memastikan ianya melekat.
Buatkan hingga habis inti.
Goreng popia hingga berwarna keemasan.
Angkat dan hidangkan bersama sweet chilli sauce.

Iced Coffee with Chocolate Ice-Cream

Bahan-bahannya:

6 ketul ais kecil
2 scoop aiskrim coklat
1 cawan susu segar
1 sudu kecil serbuk kopi-dibancuk dgn sedikit air
1 sudu kecil gula
Taburan choc rice

Cara-caranya:

Kisar ais,aiskrim dan susu hingga ais hancur.
Tuangkan ke dlm gelas dan campurkan bancuhan serbuk kopi dan gula.
Kacau dan taburkan choc rice.

Easy Spiral Pasta with Pesto Sauce

Bahan-bahannya:

2 cawan spiral pasta
2 ulas bawang putih,diketuk
1/2 labu bawang besar,dipotong kecil
Sedikit minyak zaitun
1 cawan krim segar
1/2 cawan parmesan cheese,diparut
1/2 kiub pati ayam
Garam dan serbuk lada hitam sebagai perasa
2 sudu besar basil pesto ( saya gunakan yg di dlm jar )
Sedikit parutan halus parmesan cheese dan cherry tomato sebagai hiasan

Cara-caranya:

Masak pasta di dlm air mendidih yg dicampur garam hingga al dente.
Semetara itu,tumis bwg besar dan bwg putih hingga naik bau.
Masukkan krim dan parmesan cheese. Kacau rata hingga cheese mencair.
Perasakan garam dan serbuk lada hitam.
Tapis pasta dan masukkan ke dlm kuali berisi kuah krim dan cheese tadi.
Gaul rata dan masukkan basil pesto. Gaul lagi hingga kesemua kuah dan pesto menyaluti pasta.
Letakkan ke dlm pinggan hidangan dan taburkan parutan halus parmesan cheese dan tomato untuk kombinasi warna yg menarik. 

ikan goreng taucu berlada

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan- saya gunakan ikan flounder,dibasuuh,diperap dengan garam dan serbuk kunyit
2 ulas bwg merah,dihiris
2 ulas bwg putih,dihiris
1/2 inci halia.dihiris
1 sudu besar taucu
2-3 sudu besar kicap manis
2 ulas cili hijau,dibelah tengah
Sedikit sos tiram
Serbuk lada hitam
1 bwg besar,dipotong bulat

Cara-caranya:
Ikan digoreng hingga garing.
Dgn menggunakan sedikit minyak lebihan gorenga ikan tadi, tumis bwg merah,bwg putih dan halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan kicap manis dan sos tiram.Kacau rata.
Masukkan taucu,cili hijau dan serbuk lada hitam.
Kacau lagi dan masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
Akhir sekali masukkan bwg besar.
Apabila masak,curahkan ke atas ikan dan perahkan sedikit jus lemon/limau nipis.
Perasakan kuah dan apabila masak,cur


It is ok to contact this poster with commercial interests.

resepi kek

MARBLE CHEESE BROWNIES

BAHAN BAHAN

250 gram butter
1 cawan serbuk koko
3 bj telur
11/2 cawan gula castor
11/2 cawan susu cair
11/2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicabonat
1 tsp vanila

CARE CARE 


1. Cairkan butter dan masuk serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwish ( kocok je ) gula n telur kacau sebati.
3. Masukkan adunan telur ke dalam adunan buter n koko tadi.
4. Masukkan susu cair 
5. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan tepung yg telah diayak.
6. Panaskan oven pade suhu 175 C
7. Alas loyang 10x10 dan grese proof paper biar kertas berjuntai supaya mudah untuk mengeluarkan brownis.
8. Bakar selame 20 minit menggunekan api atas bawah


** simpan sedikit adunan untuk proses melorek

BAHAN LAPISAN CHEESE


250 grm chese cream
1 cwn gula castor
1 bjik telur


1. Putar cream cheese dan gule hingge kembang
2. Masukkan telur dan putar lagi
3.Keluarkan kek dari oven dan letak adunan chesse dan ratekan
4.Lorekkan menggunekan lebihan adunan kek tadi
5. Bakar selame 20 minit hingge 30 minit lagi.


** Biarkan cheese di suhu bilik untuk melembutkan cis.