Friday, 11 November 2011

Red Bean Bun

Bahan-bahan:
250g tepung tinggi protein
50g tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu teh yis
2 sudu besar gula
2 sudu besar butter
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh bread improver (optional)
1 tin sweetened red bean - inti
Bijan untuk hiasan

Cara-caranya:
Bancuh yis dan bread improver dengan beberapa sudu air suam.Biarkan selama 15minit atau berbuih.
Campurkan semua bahan lain dalam mangkuk, kemudian masukkan bancuhan yis tadi.
Uli sehingga lembut.
Biarkan naik sehingga 2x ganda.
Tumbuk doh, uli lagi 2-3minit.
Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Biarkan 15minit lagi.
Letakkan inti dalam setiap bahagian bun dan atur atas dulang pembakar.
Biarkan naik sekali ganda lagi.
Taburkan bijan dan sapukan butter di atas bun.
Bakar dalam oven 180C selama 20minit.
Sebaik sahaja masak, sapukan butter di atas bun agar kelihatan berkilat. 

No comments:

Post a Comment